Pada 2 julai 2011 Hari sabtu , kira-kira 3 juta pelajar dan guru di sekolah rendah dan sekolah menengah menyertai satu pertandingan larian yang dilakukan secara serentak diseluruh negara bersempena pelancaran
Dasar 1 Murid 1 Sukan.Larian akan bermula pada masa yang sama iaitu pada pukul 7.45 pagi di setiap sekolah dan lokasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Timbalan Perdana Menteri , Tan sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian di peringkat kebangsaan di Taiping , Perak dan membuat perasmiaan
1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia !
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan " Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Badan Yang Sihat " . Dalam konteks ini ,bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat , cerdas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru , pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S (1 Murid 1 Sukan) agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapn dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Akhir sekali , saya berharap supaya program ini dapat dikekalkan di tahun yang akan datang mungkin ? Sekian .
No comments:
Post a Comment